Ayahku akan memberi amaran kepadaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Sebagai contoh, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh meletakkan semula gula-gula tersebut ke tempatnya.
Pada suatu hari, aku
mengikut ayahku ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Ketika sedang ruku', aku melihat kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya yang tajam itu kepadaku. Aku faham akan maksudnya itu. Jadi, aku terus memasukkan semula kain pelikat Tok Imam itu ke celah punggungnya, ke tempat asalnya. Apalagi, melatahlah Tok Imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan Tok Imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tersebut, berbirat punggungku dirotannya.
Jadi, janganlah memandai nak masukkan kain ke celah punggung imam.
Jadi, janganlah memandai nak masukkan kain ke celah punggung imam.
No comments:
Post a Comment