Jul 7, 2021

7.7

Instead of Ticwatch E3, tetiba aku usha G-shock GBX-100. Simple dan nice. Hampir sahaja aku nak buat pembayaran, secara tiba-tiba aku terfikir yang selama ni elok je aku tak pakai jam tangan. So, aku cancel la beli jam. Huhuhu

Assalamualaikum. Hi semua! 

7.7 ni aku ingat nak beli kacamata untuk mata aku yang rabun jauh ni. Tapi aku malas nak keluar berjalan-jalan. Tunggu public holiday kot baru aku keluar ambil angin sekali sekala. Lama sangat stuck kat negara orang ni, nak berjalan pun takde mood beb.

Anddd, aku officially bersara daripada bermain permainan telefon pintar yang dinamakan Mobile Legends: Bang Bang. Ntahlah apa sebab. Tetiba macam takde mood nak main MLBB ni. Tu la, sapa suruh dia buat major update kan? Eh tak, bukan sebab latest update ni aku bersara. Tapi tak tau lah apa sebabnya. So sekarang ni aku layan Genshin Impact je. 

Akhir kata ingatlah semua, ada sales tak semestinya kita kena beli.

No comments:

Post a Comment