Pada suatu hari, Sang Kancil tiba-tiba lapar. Sangat lapar sehinggakan perutnya mendodoikan lagu berentak ska. Dia bersama Sang Pelanduk ketika itu yang kebetulan turut lapar bersama. Pendek kata, mereka berlapar secara berjemaah. Cuma bezanya perut Sang Pelanduk berirama Senandung Semalam.
Lalu dengan tanpa membuang masa, mereka berdua mendongak ke langit dengan harapan 1 juta dolar akan jatuh dari langit, bolehlah mereka pergi ke Kedai Mak Limah untuk membeli makanan. Dengan penuh hampa, mereka berlalu pergi kerana kesakitan tengkuk yang amat sangat.
Setelah berminit-minit lamanya mereka menari mengikut rentak perut, mereka pun mati kelaparan.
No comments:
Post a Comment