Dec 24, 2011

Sabtu


Hari ni hari Sabtu. Yep, Sabtu yang tenang. Angin bertiup secara garang tetapi seronok. Beliau excited agaknya sebab hari ni hari Sabtu. Baju kotor baru sahaja dibasuh, bilik baru sahaja dicuci dan digilap. Aku rasa, sekarang ni bilik akulah yang paling bersih dan anggun di UMP Pekan ni. 

Walaupun dah masuk study week, bahu tetap terasa berat disebabkan assignment yang aku dah malas nak sentuh. Assignment tu pun kalau boleh berkata-kata dia akan cakap, "Sudahlah wahai Dinie, pedulikan aku. Pergilah berseronok." Tapi kalau aku buat macam tu, aku akan merana kemudian. Takkan aku nak markah assignment '0'. Kau nak?

Aku rasa macam nak makan kek. Kek yang orang belanja dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kalau boleh, Secret Recipe. Amboi memilih sungguh nak makan. Tapi takpelah, dah orang nak belanja. Kalau tiba-tiba murah hati, silalah hantar mesej pesanan ringkas ke nombor aku.

Selamat hari Sabtu!


No comments:

Post a Comment