Oct 8, 2011

Pantai Lagenda

Hari Jumaat merupakan hari yang paling tenang dalam seminggu. Bagi aku lah kan. Sebab petang Jumaat tu dah takde kelas. Dah boleh lepak-lepak kejap, dah boleh bertenang kejap, tak perlu memikir pasal kerja apa nak kena submit esok kejap. Pendek kata memang aman lah.


Sebab tu lah aku pergi pantai semalam. Pantai yang terletak kat depan UMP Pekan tu. Petang semalam memang gelap betul. Dah macam malam hari.


Aku plan nak jalan-jalan je kat tepi pantai tu. Tapi, sesampai kat pantai je, sedar-sedar baju aku dah basah. Mandi pantai sampai nak termuntah. Nafas sampai tercungap-cungap. Sampai sakit gegendang telinga.


Disebabkan hari ni hari Sabtu, aku plan nak balik rumah. Jom jom!



No comments:

Post a Comment