Bangun pagi, mata kecik je. Lebih kecil daripada mata aku yang dah memang redup. Duduk, fikir-fikir kejap sepatutnya dah pukul berapa. Otak jem, malas nak fikir terus pandang jam dinding di dinding. Kewarasan kembali pulih sedikit demi sedikit, baru sedar kalau nak tau sekarang pukul berapa, tengok jam, bukan berfikir.
Bangun pergi bilik air, ambil wuduk dan bersolat. Buka laptop kejap, tengok mana tau awek email. Lepas tunggu lepas seminit, takde email. Baru teringat kalau nak buka email kena ada internet. Lalu terus buat senaman pumping sebelah tangan. Dah agak-agak letih lepas buat 100 kali, aku pergi sarapan, melantak apa yang ada.
Pagi-pagi suasana di kawasan rumah aku memang seronok. Bunyi ombak, burung berkicauan. Kalau nak dengar bunyi lembu, tunggu malam. Asal malam je lembu naik buat bising. Aku baling bom asap kang kena saman pula. Sergah je lembu ni, dia dah lari. Kalau lembu kat UMP Pekan tu lain cerita, kena kejar dengan scrambler baru dia lari. Tu pun macam menganjing je aku tengok. Lembu oh lembu, memang dasar binatang kalau dah nama pun lembu. Lembu betul.
KK4, UMP. |
Cuti-cuti ni, nak cari kerja transport pulak takde. Sekarang ni ada lah juga member lepak kat rumah, kureng la sikit bosan tu. Nanti dia dah balik, aku sorang. Dah la rindu budak-budak matrik. Disebabkan aku rindu korang, aku upload la gambar yang aku rasa nak upload.
Tandas DKB, KMPh. |
Tunggu Bas Sihat |
Hari Jumaat di KMPh |
Rinduuu u uu u uuuuu.
aku. RINDU.
ReplyDeleterndu jugak..huk3
ReplyDeletekau memang suka hiperbola
ReplyDeleteAku rindu matriks jugak bagaimana?