Apr 4, 2011

Hari ini ponteng kelas Calculus.

Semalam, Dot mengidam pizza. "Apa lagi kau mengidam? Telur naga?" Nasib baik dia jawab tak.
Selepas Faizun dan aku menghantar lampu ajaib kepada pot dan lepak-lepak di cafe kk1 pada petang semalam, err macamana nak habiskan ayat ni?

Malam tu, menyewa kereta lah kami menuju ke Pizza Hut. Bukan di ECM, tapi di Giant Kuantan. Siapa tak perasan ada Pizza hut kat Giant Kuantan? Aku dengan Faizun Giantboy kot. Kalau kami lepak di Mydin, kami jadi Mydinboy. Kalau lepak kat Cowboy, kami jadi Cowboyboy. Moi moi.



Kat Pizza, kami makan pizza. Takkan nak order KFC pulak, ye dok? Er, lapar la pulak.
Cara nak minta order di Pizza - angkat tangan setinggi yang boleh dengan laju dan secara tiba-tiba. Tu lah yang aku buat semalam. Kejap je abang tu datang minta order.

Faizun Tasha Dot Dinie
Macam biasa, lepas tu bersiar-siar dalam Giant. Semalam memang hari Ahad, tapi dah lewat sangat. Dah takde air free nak rasa sampai kembung perut.

Memang boleh pergi jauh budak ni.
Tapi semalam masa balik tu, memang bernasib baik la. Kereta berhenti sendiri betul-betul kat depan Esso. Berhenti sendiri tuuu. Seram tak? Tak perlu la seram sangat, kereta habis minyak je pun.

11 comments:

  1. ada ke apa2 yg kna mngena dgn klas calculus dsini??
    apa2 pun dnie,final nk dkat dh...
    x yah lar ponteng2...
    jgn jd mcm aku der...hehe

    ReplyDelete
  2. kau kena kreatif cari sendiri hubungan mereka. haha

    ReplyDelete
  3. haha...dn skang ni aku dh tahu apa hbgnnya..

    ko pkai bju oren kn??haha

    ReplyDelete
  4. apa benda orennya? pink tu. -___-""

    ReplyDelete
  5. hah,
    tinggi jugak ka ni ek? -_-

    ReplyDelete