Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

7 comments:

  1. haha..giler la..hebat
    *xtaw knp teruje

    ReplyDelete
  2. hahhahaha!
    lawok laa dinie oi!
    =)

    ReplyDelete
  3. hahaha.ape2 aje ka nie.mcm driver yg pro dah bunyinye.
    kekeke.
    sayew?fffuuu! sejak bila pulak lah ka pakai bahase gedik ni weyh?

    ReplyDelete
  4. Tu bukan aku taip lah. ntah sapa yang taip. haha

    ReplyDelete
  5. hah,yelah tu,=,=
    geli geleman aku bace post ka mule2 tadi,
    ingatkan silap masuk blog td,:)
    rupenye ade org typo.lol

    ReplyDelete
  6. dinie..!
    offtopic jap.
    camne nk letak lagu kat blog daripada tumblr eh?
    buntu ni~tolong aku! :)

    ReplyDelete