Feb 9, 2011

Tempat itu, déjà vu, jamais vu.

Malam itu, aku keluar berjalan-jalan membuang masa entah ke mana seorang diri. Aku hanya mengikut rentak kakiku. Biarkan ke mana sahaja ia hendak melangkah. Sampailah ke suatu tempat, di mana tempat itu seperti sudah biasa aku jejaki. 


Di situ, aku terserempak rakan lamaku, Faiqah dan temannya yang lain sedang berseronok. Oh, Petak pun ada di situ - tak pernah bertegur sapa, tapi malam itu seperti sudah kenal lama dengannya. Dengan tidak berfikir panjang, aku lepak bersama mereka.


Malam semakin sejuk. Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu. Faiqah dan seorang rakannya masih lagi di situ, berbisik sesama sendiri merancang sesuatu. Aku namakan kawan perempuannya itu S. S untuk sotong, sardin pun boleh. Aku hanya memerhati. Memikir juga apa yang mereka rancang. Kalau boleh baca fikiran orang kan bagus.


Mereka mengajak aku ke suatu tempat. Ingin mengulangkaji pelajaran katanya. Tempat itu seperti pernah ku jejaki sebelum ini. Bangunan di mana terdapat bilik misteri di dalamnya. Aku hanya mengekori.


Tiba di suatu tempat, kami belok ke kanan. Tempat itu kawasan larangan. Pintu berkunci. Aku termenung seketika dari mana Faiqah dapat kunci bilik itu. Aku panggil bilik itu Zon Rahsia. Ok, deja vu. Perkara tu memang pernah berlaku pada tempat yang sama. 


Laluan di situ sudah banyak berubah. Maksud aku semakin usang dan bersawang. Kayu-kayu di situ semuanya telah reput. Kaki lima yang berkayu itu sudah jadi seperti jambatan gantung, bergoyang-goyang. Dari atas tu, kami nampak ada orang lain di bawah, tetapi mereka seperti berada di dimensi lain. Maksud aku, kami yang sebenarnya berada di dalam dimensi lain.


Berjalan laju, tidak mengeluarkan sepatah kata pun, tiba-tiba Faiqah berhenti. Ada zombie keluar ikut tingkap dari kiri. Faiqah mati kena gigit. Ok tipu je. Ada laluan rahsia di situ. Pintu ke bilik bawah tanah. Faiqah masuk tanpa banyak bicara. Apabila tiba giliran S, penjaga tempat itu lalu di situ. Kelihatan bengis mukanya. Kami menyorok.


Kemudian, giliran aku pula. Nasib aku memang malang, penjaga tempat itu nampak aku. Aku cepat-cepat lari seperti lipas kehilangan kakinya. Amat pantas. Nicol David pun kalah. Bertembung pulakk dengan 'Pak Guard' yang lain. Memegang pistol tangan ala-ala 44 Magnum Colt Anaconda.


Dengan tidak banyak cakap, aku menerajang 'Pak Guard' tersebut menggunakan kaki dengan sekuat hati. Ok, tipu lagi. Aku ditembak di bahagian perut dan aku tidak sedarkan diri.


Dalam keadaan cedera parah, aku sedarkan diri. Memang malang nasib aku, aku di tembak 3 das di bahagian yang sama. Kemudian, aku tidak tahu apa yang berlaku.


Sedar-sedar je, aku berada di luar Zon Rahsia. Aku berlari mencari jalan keluar. Sebelum melangkah keluar, langkahku terhenti. Ternampak Faiqah berbual-bual dengan S. Aku tanya dia apa yang berlaku sebenarnya. Lepas tu, tak ingat apa-apa dah.


Yang aku tau, dalam Zon Rahsia tu, perkara yang berlaku dalam tu takkan berlaku di dunia luar. Tempat tu macam dalam zon masa yang lain. Macam kalau dalam tempat tu kau cedera parah, then kau keluar dari tempat tu, diri kau sihat je. Boleh melompat-lompat sambil terajang orang. Takde cedera parah ke apa.


Aku pernah pergi tempat tu sebelum ni. Tak ingat dengan siapa. Bukan macam, memang pernah. Sebelum ni, aku dapat masuk bilik rahsia, bilik bawah tanah tu. Dalam tu besar juga sebenarnya, cuma tak ingat ada apa. 


Mimpi, macam-macam boleh berlaku. Tapi, kenapa mesti kau Faiqah? Kau rindu aku sangat ke? HAHA.

2 comments:

  1. OMAIGOD DINIE! OH MAI GOD !!!! hahahahahah! aku rasa macam nak nangis pun ada baca ni. hahahahahahahahahahah!

    ReplyDelete
  2. Tak perlu la menangis. Buka kau mati kena terkam zombie pun. haha

    ReplyDelete