Assalamualaikum.
Cuti mid-semester dah tamat. Cuti terasa kejap. Kalau difikir-fikirkan balik, agak lama. The fact is, cuti mid-sem hanya seminggu. Seronok? Pffttt. Tak kisah pun cuti kejap sebenarnya. Heee.
Macam biasalah, kalau bercuti, kalau boleh semua nak angkut bawa balik rumah. Aku? Oh tidak. Aku dah matang lah beb. Bergaya pulak tu. Kalau boleh nak bawa satu beg penuh buku pulang ke rumah. Jangan lupa laptop. Sebab kalau di rumah, aku main game je memanjang. Buku? Susun depan laptop kasi sedap mata memandang.
Dah habis cuti, barang semua pun kena ikut balik tempat belajar lah kan. Sampai di kampus, campak bag, buka laptop, tarik meja study dekat dengan katil. Hari Isnin pagi-pagi barulah mula sibuk nak cari baju nak pakai, buku nak bawa, alat tulis semua semua tu. Walaupun rambut aku kering seharian dek kerana sebotol-minyak-rambut-Gatsby-Moving-Rubber-yang-aku-guna-sejak-Form 5 telah habis, nampak macam dah kacak. Take note ye, sebotol je aku guna sejak Form 5. Kau rasa minyak rambut tu memang boleh bercambah sendiri membiak dan mengawan sesama sendiri ke dalam botol tu?
Ok, dah kunci locker, tutup pintu semua, macam biasa aku akan buka balik pintu dan locker dan ambil stoking. Tapi sebelum aku buka locker, aku teringat sesuatu. Aku bawa ke kasut-yang-baeekkk-punya-aku-kiwi-sampai-boleh-buat-cermin tu? Eh tak, dari malam tadi sebenarnya aku terperasan. Boleh pula lupa bawa kasut. Bagus betul. Tapi tidak mengapa, selipar ala-ala Frogs atau lebih dikenali dengan nama Crocs berjasa kepada aku hari ini. Tapi bukan Frocs lah, SPAKO. Murah dan berkualiti.
Harap-haraplah esok pak guard tak perasan aku pakai selipar. Mau melayang RM50 aku nanti.
Kelas Calculus hari Isnin, 2-4 petang. Hari ini lah kan. Tapi, aku tak belajar apa-apa pun. Ngantuk sepanjang masa. Memang tak boleh blah. Tambah pula dengan sakit kepala. Dah lah baru masuk bab baru. Bolek pulakkk bantai tidur. Nak cerita pasal ni je sebenarnya. Hihi.
Oh, tadi nampak akak tu senyum dekat kawan dia masa kelas Calculus tadi. Takkan senyum dekat aku pula kan. Indah sungguh ciptaan Allah. Tehehehee.
No comments:
Post a Comment