Assalamualaikum.
Jumaat keluar. Jalan-jalan ke Kuantan. Ingat nak balik awal, tapi tak boleh. Kalau masuk u selepas jam 12 tengah malam kena denda. Gila apa nak main denda denda? Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh guard UMP ni. Er, tak banyak sebenarnya.
Kalau masa ada kelas, naik bas selama satu jam baru sampai ke kelas. Yelah, aku duduk Gambang tapi kelas kat Pekan kan. Tu pun tak tentu sejam baru sampai. Kadang-kadang, bas sampai lambat. Tak kisahlah kalau lambat sikit.
Dah sampai tu, boleh pulakkk guard naik bas buat spotcheck? "Ok, semua keluarkan kad matrik." Kadang-kadang rasa nak mencarut juga. Mana taknya, kadang-kadang buat spotcheck sampai setengah jam. F betul. Ntah apa dia buat. Aku bantai tidur je kalau dalam bas. Taktau lah apa dia buat. Dahhh tak boleh masuk kelas. Aku bagi pelempang jepun baru tau. Oh, aku ambil bahasa Jepun untuk semester ni.
Lagiii...lagiii, masa jalan-jalan tu, pergi Teluk Cempedak, makan Char Kuey Teow, usha bapok, pergi Benteng, lepak tepi pantai. Menikmati keindahan alam. Angin kuat betul tepi pantai. Sejukkk. Faizun pula seronok buat unggun api. Tiba-tiba kan, telefon bimbit Nur hilang lagi. Kehilangan yang misteri. Tak puas hati betul, macamana boleh hilang? Puas dah memikir bila masa kehilangannya.
Aku rasa memang betul buaya tembaga Teluk Cempedak yang ambil. Dah lah buaya tu lepak atas pokok, kita mana nampak dia. Kalau nampak pun nampak mata je. Lepas ni, kau galas je public phone tu. Besaq sikit. Biar berat, asal selamat.
Jari aku selalu membiru kesejukan. Bilik ni dah boleh jadi peti ais. Mesti sekarang ni kedai jual peti ais tengah bankrup.
Oh, Brother Love tak jadi masuk kelas aku lah. Bernasib baik betul. haha
Assassin's Creed 2 tak habis main lagi, dahhh install NFS Hot Pursuit. Macamana nak buat calculus ni?
Xperia Arc macam cool kan?
ngek la dinie
ReplyDeleteHAHAHAH
tido je keje
BESAQ naaa :D
aku memang dah susun jadual 2 jam tidur dalam bas. pergi dan balik. sebab tu aku selalu tidur lambat. haha
ReplyDeletetak cukup besaq lagi ka?