Mar 1, 2010

Kepanasan di dalam Kesejukan

Lebih kurang jam 0345 1Mac, tidurku diganggu oleh virus yang secara tibatiba menyerang. Aku kepanasan. Amat panas. Tidak selesa dengan keadaan itu, aku mengambil keputusan untuk membuka baju. Tetapi, aku kesejukan pula. Hampir sama seperti 4 tahun yang lepas...

Aku membuka 'locker'ku yang tidak berkunci itu untuk mengambil baju berlengan panjang. Aku kepanasan kembali.
Kali ke-3 aku bertukar baju, akhirnya aku agak selesa.

Sent message
, "Tibatiba kena demam panas." Dan mesej itu dibalas.


Tidurtidur ayam aku sehingga pagi. Aku masih tidak pulih. Aku kuatkan kaki aku yang amat lemah untuk ke tandas, sambil bertongkatkan dinding. Aku terhuyunghayang. Seperti mahu rebah ke bumi. Kemudian, aku kembali ke katil. Amat tidak bermaya.


Abah menyuruhku untuk membuka botol minuman yang penuh dengan H2O itu. Tidak lama kemudian, "Baca Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali, pastu minum." Suhuku yang amat tinggi itu berkurangan.


Aku mengambil keputusan untuk ke klinik. Lihat jam di telefon bimbit, sudah lebih pukul 8 pagi. Terlepas untuk ke klinik. "Takkan nak tunggu yang pukul 2 punya?" Ada pulakkk masamasa yang tertentu untuk ke klinik. Masalah la kolej ni. haihh... =.="


Umi bertekad untuk mengambilku di kolej, membawaku ke klinik. Bagus, klinik kerajaan di Gambang itu penuh. Aku kemudiannya di bawa ke Klinik Hidayah, Seri Mahkota. Dicucuk tanganku untuk dimasukkan air selama 2 jam.


Keadaanku semakin pulih. Sekurangkurangnya sudah boleh berjalan.

MC selama 2 hari, dan aku berada di rumah. Seronok juga. Heee...


2 comments: