Tapi cerita tu dah habish. Drama Keliwon plak menggantikan cerita Puaka Niyang Rapik.
Kliwon ni Bahasa Jawa. Mak aku kata, sepatutnya ejaan dia Kliwon. Sebab sebutan dia pun Kliwon, bukan Keliwon.
Maksud dia lak, aku tak berapa pasti.
*to be continue. Offline*
Bz betul aku sejak2 ni. Ok, aku sambung cerita.
Kliwon tu adalah hitungan hari mengikut pengiraan kalendar Jawa.
1. Pahing
2. Pon
3. Wage
4. Kliwon
5. Legi
Pada kebiasaan dan kebudayaan masayarakat Jawa kuno, apabila hari Jumaat jatuh pada kliwon ia dipanggil malam Jumaat kliwoon. Ketika inilah pengamal kebatinan dan ilmu hitam akan memperkuatkan ilmunya dengan jampi serapah untuk memperkuatkan kebatinannya kerana pada fikiran masyarakat jawa kuno, malam Jumaat kliwon adalah malam keberkataan dan ketika ini banyak pemujaan jin dan syaitan dilakukan. Semua ini adalah kerja syirik ya.
*Credit to Abah sebab bagitau semua ni. =D*
Jaa ne!
Wassalam.