Showing posts with label ceriteramindaseparasedar. Show all posts
Showing posts with label ceriteramindaseparasedar. Show all posts

Mar 28, 2016

Farid mengejar Farah. Farah pula laju mengejar Johan. Johan, nama yang diberi oleh bapanya, sentiasa di hadapan - sepadan dengan namanya.


Kamil, betul-betul fokus terhadap kisah cinta tiga segi ini, Tak sampai 30 saat, eh 20 saat je lah kot, Farid, Farah dan Johan tidak kelihatan. 



Begitulah nasib titisan hujan pada cermin kereta. Kisahnya begitu singkat.

Mar 27, 2016

Sedang aku layan lagu-lagu jiwang The Script, lepas tu buka lagu-lagu lama Arctic Monkeys, tiba-tiba aku teringat. Sebelum ni, aku selalu berdoa,

"Ya Allah, sampaikanlah berita gembira buatnya,"

Tatkala itu, tenang hati aku. 

Semoga bahagia anda di sana. Semoga berbahagia kita semua.

Mar 21, 2016

Aku, Glaucus Atlanticus, akhirnya sedar. Engkau, Gamma, bukanlah 'gamma' bagiku. Engkau bukanlah yang terakhir; bukan jodohku, bukan suriku, bukan teman hidupku.

Mungkin, engkau dihantar kepadaku supaya kita belajar sesuatu. Ibarat berjalan jauh, berhenti sebentar di bengkel, tukar minyak hitam, servis mana yang patut, lalu meneruskan perjalanan. Amboi, panjang sungguh. Tapi itulah apa yang mahu disampaikan. 

Supaya kita berdua menjadi lebih kuat untuk menghadapi rintangan kehidupan pada masa hadapan.

Bila aku fikir-fikir semula, memang banyak perkara yang menyakitkan hati telah aku buat terhadap Gamma. Ok lah, ni tak nak cerita. Biarlah rahsia. 

Sedih, memang sedih. Tapi itulah lumrah kehidupan. Ujian yang sampai pada kita, terimalah. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi ujian. Itu maknanya Allah sayang lagi dekat kita. Kalau Dia bagi kita senanggg je sampai kita lupa diri, kan sadis cerita tu.

Terima takdir yang dihadapi. Berserah kepada yang Satu itu. Yang Maha Esa. Yang Maha Mengetahui. Nak sedih, biarlah berpada. Jangan sedih macam hidup ni tiada lagi makna. Tak elok tu.

Terima kasih Gamma. Terima kasih hadir dalam hidup ini. Banyak yang aku belajar.

Rakanmu, Glaucus Atlanticus.

***