Dulu masalahnya aku tak boleh handle dua conversation dalam satu masa.
Sekarang, satu conversation pun kadang-kadang dah cukup untuk buat otak aku mengadakan mesyuarat dalaman.
Contohnya, seseorang tanya aku satu soalan.
Secara luarannya, mungkin nampak macam aku cuma diam sekejap sebelum jawab.
Tapi dalam kepala aku, lain ceritanya.
Macam ada beberapa orang tengah duduk berbincang.
Seorang akan kata,
“Jawab macam ni.”
Yang seorang lagi pula,
“Jangan. Kalau jawab macam tu, nanti dia mungkin faham lain.”
Kemudian seorang lagi masuk,
“Tapi kalau kita jawab macam ni, apa yang akan berlaku selepas tu?”
Dan yang paling menyusahkan, ada pula yang cuba predict response orang tersebut.
“Kalau aku cakap ayat X, agaknya dia akan reply apa?”
Lepas tu otak aku mula simulate conversation yang belum pun berlaku.
Kalau dia jawab A, aku kena jawab B.
Tapi kalau dia jawab C?
Hmm.
Kalau macam tu, lebih baik aku jawab D.
Dan tiba-tiba conversation yang sepatutnya cuma satu soalan dan satu jawapan dah jadi macam permainan chess.
Aku bukan sekadar fikir tentang apa yang aku nak jawab.
Aku fikir tentang kemungkinan selepas aku jawab.
Tentang bagaimana orang itu mungkin interpret jawapan aku.
Tentang apa yang mungkin dia fikir.
Tentang apa yang mungkin berlaku selepas itu.
Kadang-kadang, aku sendiri rasa,
“Bro... dia tanya satu soalan je.”
Tapi otak aku dah buka lima tab.
Mungkin ini salah satu perkara yang datang bila kita semakin berusia.
Kita semakin banyak pengalaman, jadi kita semakin tahu bahawa sesuatu ayat boleh membawa banyak kemungkinan.
Kita belajar daripada conversation-conversation yang pernah berlaku sebelum ini. Kita ingat apa yang pernah silap. Kita tahu ada benda yang kalau tersalah cakap, boleh jadi panjang ceritanya.
Jadi sebelum mulut sempat menjawab, otak dah buat simulation terlebih dahulu.
Ada bagusnya.
Aku jadi lebih berhati-hati dengan apa yang aku cakap.
Tapi ada masanya aku terfikir juga...
Adakah aku sebenarnya semakin bijak mengendalikan perbualan, atau aku cuma semakin overthink?
Entahlah.
Mende ni?
No comments:
Post a Comment