Hi guys. Dah agak lama aku tak berblogginggelingging.
How's your life kawan-kawan? Aku berdoa kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Semoga kita semua mati dalam Shahadah dan beriman. Ameen.
Me? Life's good I guess? Cumanya, aku agak terkilan sebab tak dapat pergi beberapa majlis perkahwinan kawan aku. Damn.
Tbh, aku dah lama deactivate fb dan aku dah tak active Instagram. Maaf kepada semua yang menjemput kalau aku tak dapat hadir. Aku betul-betul kesal dan minta maaf. Jikalau tidak percaya, ambillah kapak, belahlah dada ini. Erm, okay jangan belah dada saya. Potong rambut sikit takpe.
Oh, ingat kereta saga merah aku? Alhamdulillah dapat juga aku jual. Harga kasih sayang muah muah. Banyak betul kereta ni berjasa. Selangor, KL, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, semua dah sampai. Engine 4G15 memang lasak.
HP aku pun dah pulih lepas aku format. Bernas sungguh idea isteri aku. Dia tanya, "dah try format?". Lepas tu aku bermonolog, "eh apasal aku tak terfikir?". Lepas format tu, tadaaa! Macam telefon pintar baru beli. Molek je tiada masalah.
R25 aku pun aku dah tak pakai. Pak cik aku pula pakai. Damn I miss you. Ada rezeki nanti pakai MT-07 pula, dengan bernadikan 270 degree parallel twin, bunyi dah macam V-Twin.
Triumph Street Triple pun best jugak. Lampu depan macam hodoh sikit, tapi total berat cuma around 168kg, engine pula three-inline, bunyi memang padu. Kenapa tak MT-09? Torque dia tinggi sangat beb, aku ni noob je. Mati 🐸 pulak kang ong gedek gedek.
Benelli Leoncino pun boek juga. Inline-twin beb, bunyi dah macam 4-inline. Rupa pun smart, ala-ala cafe racer. Murah pun murah. Well, kalau nak betul-betul murah, beli used Duke KTM 250 atau 390.
Eh, okay lagi emmmmm, aku pun dah berhenti kerja as a Project Engineer. Setelah beberapa bulan aku ber-Grab Driver, insyaallah nanti aku akan bekerja di Johor pula.
Beberapa hari ni, aku belek-belek balik blog-blog kawan-kawan aku. Mostly, tak berblogging dah eh. Tbh, aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang masih berblogging. Hahahaha! Erm, faktor umur mungkin? Atau masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga? Atau dah tukar URL? Drop the link kat komen bawah okay?
Cakap pasal keluarga, gembira aku tengok gambar kawan-kawan aku yang dah ada suami, isteri, anak. Seriously, masa berlalu pantas. Tapi alhamdulillah, masing-masing gembira dengan rezeki yang dikurniakan. Bila la boleh jumpa kawan-kawan sekolah lagi eh? Kawan-kawan matrik? Kawan-kawan unibersiti?
Aku aktif Twitter je sekarang. Takde lah aktif, cumanya ada la apps tu dalam telefon pintar aku ni. Oh, selalu juga layan YouTube. YouTube ni bahaya tak tipu. Lepas satu video, tambah lagi satu. Sampai ntah video apa-apa je lah yang aku buka. Nanti tiba-tiba video pasal haiwan berbisa la dan pelbagai lagi la video pelik. Cuma part bestnya bila jumpa lagu yang best teruk. Masa tu rasa macam, "apasal aku tak pernah tau akan kewujudan lagu ini sebelum ini?"
Selamat beristirehat semua! Selamat Hari Raya! *Pompompombunyimercun
No comments:
Post a Comment