Dec 31, 2016

2016

As usual, I don't really give a aku tak fikir langsung pasal new year resolution. But, 1080p resolution is good enough for me, at least for now (2k is bettahh). Resolution aku bukan berdasarkan setiap tahun so far. Biasanya ikut keadaan dan semasa dan kiraan bintang

Basically, aku ikut je flow kehidupan dan alhamdulillah, aku masih dapat hidup senang sehingga sekarang - ada duit nak makan, ada rumah untuk berteduh, ada kenderaan untuk bergerak dan ada kesihatan untuk melakukan aktiviti harian dengan izinNya. Korang boleh kata aku ni tak keluar dari zon selesa aku lah senang hahahahaha.
.
365 hari satu tahun - dan 1 hari pada tahun baru bukanlah something like... kehidupan baru, atau bukan juga "masa untuk buka buku baru untuk tahun baru". Masuk tahun baru, kehidupan seperti biasa juga. Nak set azam, bila-bila boleh, bukanlah hanya pada tahun baru. 

Aku pun tak pasti kenapa orang lain macam excited sangat dengan tahun baru - masa ni lah nak jalan-jalan kan. Nak tengok bunga api, dah la dekat bandar sangat sesak. Flyover dekat Bukit Ubi tu ntah bila nak siap. Sesak gila beb.

Woi esok minyak naik woi! What the fishy-fishy in the sea.

Masa ni, kedengaran bunga api meletup-letup di udara, manusia keluar ke bandar, ke Teluk Cempedak atau di Benteng untuk menyambut tahun baru. Manusia-manusia yang masih tidak mempunyai lesen B, berkonvoi bersama rakan bersiar-siar di kota metropolitan dengan menaiki basikal. 

Dan aku? Selain sedang meng-update blog, aku main game Hackers di telefon pintar, sambil sedang memilih pressure washer mana yang terbaik berdasarkan price:reliability+performance.

Tapi, aku boleh jangka aku akan banyak habiskan duit dekat cd game untuk tahun hadapan.


Hello gaming worlddddd! I am backkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!



Cuma mungkin, aku nak try ngorat awek jiran mak sedara aku lah hahahhahahaha kbai. 

Have a good year everyone! Mohon tidak mementingkan diri di atas jalan raya, dan di mana-mana sahaja.

Stay humble and bersyukur selaluuuuuuuu.

Every ending is just a new beginning. 


ps: Hey, selalu-selalulah berdoa untuk saudara kita yang tidak bernasib baik; setiap hari dan mungkin hampir setiap jam melihat bom meletup, dihujani peluru dan keluarga dibunuh di hadapan mata mereka. 




No comments:

Post a Comment