Mar 21, 2016

Aku, Glaucus Atlanticus, akhirnya sedar. Engkau, Gamma, bukanlah 'gamma' bagiku. Engkau bukanlah yang terakhir; bukan jodohku, bukan suriku, bukan teman hidupku.

Mungkin, engkau dihantar kepadaku supaya kita belajar sesuatu. Ibarat berjalan jauh, berhenti sebentar di bengkel, tukar minyak hitam, servis mana yang patut, lalu meneruskan perjalanan. Amboi, panjang sungguh. Tapi itulah apa yang mahu disampaikan. 

Supaya kita berdua menjadi lebih kuat untuk menghadapi rintangan kehidupan pada masa hadapan.

Bila aku fikir-fikir semula, memang banyak perkara yang menyakitkan hati telah aku buat terhadap Gamma. Ok lah, ni tak nak cerita. Biarlah rahsia. 

Sedih, memang sedih. Tapi itulah lumrah kehidupan. Ujian yang sampai pada kita, terimalah. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi ujian. Itu maknanya Allah sayang lagi dekat kita. Kalau Dia bagi kita senanggg je sampai kita lupa diri, kan sadis cerita tu.

Terima takdir yang dihadapi. Berserah kepada yang Satu itu. Yang Maha Esa. Yang Maha Mengetahui. Nak sedih, biarlah berpada. Jangan sedih macam hidup ni tiada lagi makna. Tak elok tu.

Terima kasih Gamma. Terima kasih hadir dalam hidup ini. Banyak yang aku belajar.

Rakanmu, Glaucus Atlanticus.

***


No comments:

Post a Comment