Nov 1, 2015

red cdr - Almost got into accident.

Hari ni, first time menunggang motor dari Kuantan ke Karak dan seterusnya ke destinasi. Dari Kuantan, cuaca sangat seronok. Nampak cahaya matahari, awan berkepul-kepul di udara. Perasaan seronok tu terhenti setibanya di Gambang. Hujannn. Seluar basah sikit, meanwhile baju tak basah sebab dah pakai baju hujan.

Dah habis Gambang, matahari mula menyinari kembali. Sampailah di Karak lepas terowong tu. Eh, Karak kan kat situ?

Lepas keluar terowong, layan corner pertama. Kemudian masa corner ke-2 tak silap aku, corner ke kiri, hujan tiba-tiba lebat. Jalan basah kat situ. Kereta depan brek mengejut. Lori rosak park kiri. Aku mencarut juga masa tu. 

"*&%!", carutku dalam hati.

Aku pun tarik handbrake (brake depan) sikit dan tekan brake kaki kuat. Aku rasa aku phobia dengan penggunaan brake depan motor. Tapi nasib baik masa tu aku guna brake belakang yang kuat. Kalau brake depan aku tarik kuat, tayar depan slide, maka 'pergilah' aku pada masa itu.

Okay, pijak brake, masa tu tayar belakang slide sikit ke kanan. Lepas tu slide makin banyak ke kanan. Okay, masa ni sebenarnya aku mencarut dalam hati tu.

Alhamdulillah masa tu aku tak gabra. Gila cool masa tu sambil mencarut. Aku lepas brake kaki, tekan lagi. Masa tu tayar slide sikit ke kiri pula. Aku lepas brake dan pijak brake lagi. Ala-ala ABS gitu. Slide ke kanan pula. Then aku motorsikal dah stabil, aku cilok ke kiri lori rosak tu. Nasib baik kosong. Masa tu baru la berselawat dan syukur. 

Lalu aku bermonolog, "Natang mende aku mencarut tadi. Astaghfirullah."

Kemudian aku ride slow-slow, tapi rasa tayar belakang macam licin. Aku berhenti depan sikit untuk cek tayar. Tayar masih boleh berputar. "Perasaan aku je kot." Mungkin fobia kejap.

Hujan bersambung sampailah aku sampai ke destinasi, iaitu Putrajaya.

Musim tengkujuh. Kena cari bag laptop kalis air ni. Kena nak bubuh laptop dalam plastik sampah je?

No comments:

Post a Comment