Sep 21, 2014

Diptera

Aku rasa mengantuk. Aku pun membuat keputusan untuk masuk ke bilik, baring atas katil. Tiba-tiba, ada seekor lalat berterbangan. Gaya terbang tu, macam jakun; first time dapat terbang barangkali.

Lalu adik aku mengambil keputusan untuk mengambil pemukul lalat berwarna biru. Lalat ni memang laju serta pandai mempermainkan manusia yang hendak tidur. Aura Saiyan aku macam dah nak keluar. Tapi dapat aku tahankan, lalu aku lepak luar bilik.

Hampir selepas 15 minit, adik aku terduduk. Terpancar cahaya kekalahan di wajahnya. Akan tetapi, secara tiba-tiba, lalat tu hinggap kat atas pemukul lalat tu. Aku rasa nak menangis masa tu.





Tahap menganjing lalat ni memang membuatkan aku rasa nak menangis. Gaya dia macam menganjing, walaupun ia adalah seekor lalat. Punyalah tahap lalat ni menganjing, dihalau pun dia tak terbang.

Lalu, ia pun mati dibunuh.

Teringat pula pepatah Faizun,
Beranilah seperti lalat.

No comments:

Post a Comment