Oct 12, 2013

vs Wish

Assalamualaikum.

Wa tak nak cerita sebenarnya. Tapi blog dah lama tak update. Lalu aku pun telah berfikir, "Buka blogger.com jap lah." Lepas tu, tiba-tiba aku tengah taip entry ni. Terkejut jugak aku, tau-tau je dah ada tajuk. Macam tak sempurna pulak kerja kalau berhenti begitu sahaja.

---

Petang jam 2 tadi aku dari Beserah nak ke Pekan. Ikut la Jalan Teluk Sisek. 

Lepas traffic light dekat Restoran Satay Zul tu, aku ambil la lane kanan. Sebelum Petronas tu ada simpang dari Lorong Seri Kuantan kan? Ada Toyota Wish keluar dari situ. Then dia terus masuk lane kanan tu. Aku pun masuk la lane kiri pulak. 

Bila dah dekat jambatan sebelum Petronas tu, aku kat sebelah dia. Suddenly, dia masuk kiri. Dia masuk kiri dengan effortless. Macam jalan tu dia sorang je yang guna. Dengan tak bagi signal, dengan tiba-tiba, terkejut jugak aku. Lepas dia dah masuk kiri dengan serius-kurang-ajar, kereta kami bergesel. Aku calar, dia pun calar. Aku dah fikir, dia salah, boleh settle situ je.

Berhenti kat simpang tiga nak masuk ke Tanjung Api tu. Ada 2 orang Melayu (ayah dengan anak dia), yang driver ni Chinese turun. Aku tanya la, "Nak settle macamana ni?" 

Tiba-tiba dia cakap aku langgar dia. Dia cakap lagi, tu jalan dia, tak perlu bagi signal. Dia suruh bayar, RM300 at least. 

Tambah lagi satu masalah, anak dengan pak cik tu pun cakap aku salah. Then, kitorang pusing balik jalan tadi, sebab masing-masing tak puas hati. Si pak cik ni duduk dalam kereta aku.

Lepas tu, cakap-cakap lagi la kan. Dia ulang benda sama, cakap aku salah; aku dari belakang masuk jalan dia. Masa tu, pak cik dengan anak dia macam dah senyap sikit. Tapi still, dia macam backup cina tu.

Kat sini, ada 3 benda aku bengang. Pertama, berbincang dengan orang tak reti bahasa. Kedua, muka cina tu memang selamba. Ketiga, dia suruh aku bayar; but then aku ajak pergi balai dia tak nak.

Lepas tu, dia suruh follow lagi. Pergi bengkel kawan dia rupanya. Dah kat situ, dia cakap RM280. Aku cakap "Jom cerita balai." Lepas tu pak cik ni pulak cakap, bagi sikit pun takpe, 50 ke, 100 ke. Aku cakap, aku tak nak bayar. Kalau suruh bayar jugak, kita cerita balai dulu.

Last-last, dia cakap settle macam tu je. Aku dengan tadi marah sampai menggigil, geram la jugak. Cakap balik kat dia, "Kalau macam tu, you bayar ganti rugi, kereta aku pun calar jugak." Lebih kurang macam tu la kan. Tapi dah dia cakap aku jugak salah, aku blah je la.

Serius bro, mentang-mentang aku muda lagi, senang-senang je minta bayar. Settle kat balai tak nak. Mentang-mentang naik kereta mahal, jangan nak jalan atas udara je. Tanah ni kita kena pijak jugak.

Sampai kat UMP, berbual dengan member, cina jugak. Then, dia sendiri yang tanya aku, "Chinese ke?" Lepas aku mengiyakan, dia geleng-geleng kepala sambil berkata, "Cina maa, memang banyak putar belit kalau cerita." 

Tapi alhamdulillah aku bersyukur, calar sikit je. Takde kecederaan kepada penumpang. Cuma sampai sekarang tak puas hati. Dia cakap aku salah, tapi aku ajak pergi balai banyak pulak cerita. Kalau kena lempang dengan aku tadi, memang bisu; sia-sia je hidup.


4 comments:

  1. AKU PERNAH KENA.

    Serious, sebab muda, sebab student, semua bangang letak atas kepala aku.

    Babi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadikan pengajaran. Lepas ni, kena standby batang paip ataupun kayu hoki bawah seat driver.

      Delete
  2. tasya pon penah kene gak dan dgn cine gak dlm ta0n ni gak..mmg langsi k0t d0rg ni..mentang2 kte student,senang2 je nk suh bay0..dye siap kate kene tuka satu bumper sume k0t..gle ape..pastu ble da tgkp2 gamb0 calar cket tu,br dye nak stat2 cuak n nk ckp ngn husband dye la ape jadah sume..endup ble suh bwk balai pon xnak jugak..mmg d0rg ni jenis cuak nk g balai k0t..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa salah, memang takut la nak pergi balai. Sabar je lah. Nak buat macam mana kan.

      Delete