Sep 7, 2012

Rambut sama hitam? Rambut aku warna perang.


Beberapa hari yang lepas, aku tiba-tiba rasa nak potong rambut. Tiba-tiba rasa nak potong tepi kasi pendek. Lalu dengan pantas aku tiba-tiba ambil gunting hikmat aku dengan cermin kecik, potong tepi dengan belakang sikit. Lepas tu aku pun tiba-tiba gelak. Eh tak, aku tak gelak pun.



Semalam, rasa nak kasi lagi kemas rambut, aku berhasrat nak ke kedai gunting rambut. Lepas suit up tuxedo dengan berselipar jepun, aku pun tiba-tiba memecut laju dengan menunggang motosikal. 

Sampai je kedai tu, aku tiba-tiba tersenyum kekecewaan. "Lama betul orang ni beraya. Petang ni kot bukak."

Petang tu aku pergi lagi. Daku kuciwa lagi.

Tadi lepas solat Jumaat, aku pergi lagi. Aku tiba-tiba bermonolog, "Sabarr je lah. Kena lempang kang tak dapat bukak kedai setahun pulak kang."

Sejam lepas tu tiba-tiba aku gerak lagi, kali ni ke tempat jauh sikit. "Aih, tutup jugak?" 

Tiba-tiba aku rasa nak baling selipar kat pak cik kedai sebelah tu. Aku pun matikan enjin, lepas tu secara tiba-tiba pumping sebelah tangan kanan manakala tangan kiri angkat motor. Punyalah riak masa tu. Ok tipu.

Sampai je rumah, aku potong rambut sendiri. Cuma part belakang minta umi repair sikit. 


Hmmm lama tak update blog. Boleh la ni. hihi.
So...
Selamat hari raya la eh?

2 comments:

  1. woahhh..rambut baru stylo giler..hehe..

    ReplyDelete
  2. nak ambil gambar kena stylo la sikit. kehkehkeh

    ReplyDelete