Jun 15, 2011

06-16: Gerhana bulan

Assalamualaikum.

Aku dengar cerita gerhana bulan akan berlaku. Eh? an an an? 2011 June 16, pagi lah dalam jam 2 gitu kot.

Takkan nak dok tengok je bulan tu? Apakata solat sunat sekali jom.

Berdasarkan apa yang aku tahu, solat sunat gerhana bulan ni boleh dibuat bersendirian atau berjemaah. Hukumnya adalah sunat mu'akad. 


Kalau buat kat masjid, biasanya mereka buat 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud.

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
 Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam


Ada beberapa cara untuk solat sunat gerhana ni sebenarnya. Biasanya orang buat yang ni lah kalau kat masjid. Lebih digalakkan dibuat secara berjemaah. 


Hukum solat sunat gerhana ni berdasarkan Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud, 


Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah.”


Jadi, janganlah kita menyembah bulan. Bersumpah setia cinta suci disaksikan bulan? Err...

Ingatlah, Allah yang Maha Pencipta. Kita dicipta supaya kita beribadah kepadanya. Beribadah ni tak semestinya atas sejadah je kan. Ada banyak cara. Belajar pun ibadah. Tapi kalau baca buka bertajuk 'ibadah' kat dalam disko, tu bukan. Tu bukan beribadah ye.


Allah Maha Berkuasa. Semua yang berlaku atas kehendak-Nya. Macam makananlah kan. Bukan nasi yang buat kita kenyang. Bukan air yang buat hilang dahaga. Nasi dan air tu hanya perantaraan atau penyebab je. Semuanya kuasa Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Berceramah pulak kejap. haha
Selamat beramal! MySpace

2 comments: