May 10, 2011

Pembacaan, pengalaman.

Pembacaan dan pengalaman adalah dua perkara yang berbeza. Tidak tahu apa-apa, jangan pula banyak bersuara.

Manusia sekarang, semua nak logik akal kan? Perkara yang tidak boleh dilihat mata kasar semua dikatakan terpesong. Mari sini aku ingin bersuara. Kalau kau percaya nasi tu boleh kenyangkan kau, itu juga boleh dikira khurafat. Mengarut? Kata semua itu kuasa Allah, kenapa kau kata nasi boleh kenyangkan kau?

Kalau aku kata aku ada batu yang boleh menyebabkan penggunanya kebal. Nak kata aku terpesong? 

Ewah, kalau aku cakap sikit pasal benda tak masuk akal, semua kau nak cakap mengarut.

Macam ni lah, nasi tu seperti kita juga. Tidak boleh buat apa-apa dengan izin Allah. Nasi dicipta untuk mengenyangkan kita dengan izin-Nya. Macam batu yang konon-konon aku cakap ajaib tadilah. Ia dicipta untuk menyebabkan penggunanya kebal dengan izin-Nya. Ada aku cakap kita kena buat ritual atau buat perkara-perkara syirik kalau nak guna batu tu? Takde pun aku rasa.

Ok dah. Ini entri emo. Tapi emo bertempat. Rasional emosional? Wakluuuuuu

2 comments: