Jan 2, 2011

1 1 11 - Tarikh pertama tahun 2011, macam cantik kan?

Tahun baru sudah tiba. Ada yang excited, tapi bukan aku. Macam biasalah, perkara-perkara macam ni, perlu ke nak excited sangat? Cool je dah lah. *mukabongkak*


Teringat pula tahun baru sebelum ni. Di Matrik Gambang, tunggu di tepi tangga dekat bilik aku yang menghadap ke Menara Gambang (tangki air) tu, countdown sambil-sambil reka cerita hantu pasal budak mati bunuh diri di tangki air tu. Dah 5 saat masuk 2010 baru nak bersorak macam orang gila. Padahal memang tiap-tiap malam bersorak dan melalak macam orang kena histeria. Saja je nak jadikan alasan.


Esok hari kelas akan bermula seperti biasa. Bangun seawal 5.45 pagi, mandisolatbersiapuntukkekelas, kedai makan tak buka lagi dah kena tunggu bas. Dahlah berkabus pagi-pagi, sejukkkk.


Sekarang? Packing pun belum lagi. Rasa sebak pula nak tinggalkan rumah. Sikit je lah sebaknya.
Tu lah, masa cuti nak belajar. Masa belajar nak cuti. Memang tak reti bersyukur betul.


Sempena tahun baru ni agaknya, Dina bela lagi seekor kura-kura. Kali ni memang besarlah saiznya. Sebelum ni, 4 ekor baru sama besar dengan saiz tapak tangan aku. Yang ni, 4 tangan aku baru sama saiz dengan kura-kura tu kot. Mana ntah dia jumpa. Minat betul kura-kura. 


Orlitia borneensis
Besar tak kura-kura dalam gambar tu? Tu aku cilok kat google. Bukan adik aku punya.


Kalau orang dulu-dulu kata, kura-kura dalam perahu, takpun kura-kura di bawah tempurung. Adik aku ni pula kura-kura dalam besen. Ada ke patut letak kura-kura dalam besen? Kesian dia aku tengok. Letaklah dalam perahu, besar sikit kawasan dia nak berguling-guling kan.


Semester 2 ni aku berharap aku rajin sikit nak study. Takdelah masuk kelas macam orang bodoh tak tau apa-apa. Dahlah malas buat tutorial. Teruk betul.


Oh, seronok ke ada awek? Ataupun aweks? Ermm... MySpace

7 comments: