Tan memang suka betul dengan 4F26a. Terharu aku. |
Tadi chatting dengan dear Tan Peng Chee yang disayangi. Chat di mukabuku. Tau apa itu mukabuku? Kalau tak tau, korang pergi google translate. Tengok dia keluar apa.
Rindu dia. Rindu 4F26a sekali. Imran, Taz, Shiela, Suq, Shima, Mirza, Fizi, Putri, Hafiz, Tan Peng Chee, Fausan, Asra, Tehah, Alieff, Tiqah, Dayah, PG, Kemang, Nadia, Linalina, Raisha, Atikah, Kerol, Arep, Ummi, Fieka, Faez. Aku rasa tu je kot. Aku harap kita semua tak lost contact la eh. *lagu sedih*
*tukar lagu Barbie Girl - Aqua*
Rindu waktu aku berpura-pura faham di dalam kelas Cik Fauziah. Dia mengajar Kimia. Sumpah aku cakap, aku hipokrit gila dalam kelas dia. Aku tak taulah dia perasan ke tak yang aku tak faham satu apa pun. Er, adalah sikit. Tapi mostly, tak faham. Boleh pula aku buat muka selamba dinosaur setiap kali dalam kelas dia, buat-buat faham je apa yang diajar. Dahlah tutorial tak buat. Bila fikir-fikir balik kerja bodoh aku tu, bangga kejap. HAHA
Cik Fauziah seorang yang cool. Seronok lepak dengan dia. Walaupun muka dia nampak garang. Dan cara dia ketawa tu...aku tak rasa ketawa macam tu puas. Errr...maaf cikgu. Selamat Hari Guru! XD
Tapi, saya sayang cikgu. Maaflah cikgu.
Kembali kepada topik asal, rindu nak jalan-jalan dekat kaki lima antara dewan kuliah dengan bilik tutorial dan secara tiba-tiba aku kaku pandang seseorang. Dayyuummm, aku boleh terkaku je. Ataupun pura-pura tak nampak. Masalah betul. Tak lama kemudian, aku akan rasa macam nak tumbuk dinding.
-_________-"
Rindu juga dekat Cikgu Zai. Dalam kelas dia memang tak tertekan langsung. Cuma masa kelas pertama jelah dia tegur pemakaian dan rambut. Dan nampaknya, akulah paling banyak kena tegur. Pelajar contoh lah katakann. Rambut panjang, tali pinggang dan kasut tak sesuai, cara duduk yang betul ketika guru mengajar pun kena tegur. Bagus betul kan? Aku tau.
Tapi tu masa kelas pertama je. Tu pun sebab beliau mengajar Dinamika. Kelas-kelas berikutnya dia dah tak kisah. Pendek kata, rindu semua pensyarah lah kan. Oh, Puan Jaharanita yang memang cool. Nak marah pun macam taknak marah je. Tapi kata-kata dia menusuk kalbu. Tajam wey.
Lagi, rindu dekat waffle. Dahlah buka malam, dekat blok perempuan pula tu. Aku kena pakai sarung muka kalau nak pergi sana. Kalau tak memang habis kena rogol.
Rindu sikitlah dekat karipap. Karipap KMPh memang terrrbaekk. Besar wey! Ada telur dalam dia. Kalau tengah gap antara dua masa, cuba korang duduk kat tepi perhati para pembeli yang gelojoh. Menakutkan. Rasa macam tengah main game Left For Dead. Semua berebut macam zombie nampak benda hidup.
Rindu dekat tangga blok A2 yang menghadap ke arah Menara Gambang yang lebih dikenali sebagai tangki air KMPh. Bilik aku pun memang dekat sangat dengan tangga tu. Tempat melepak malam-malam, tempat cerita hantu dan tempat kawalan. Kami memang suka sangat panjat tangki air tu. Jadi, masa nak panjat tu mesti ada seorang dua yang tengok line. Kalau tak clear, cepat-cepat kasi betul sama itu aerial tv. Kasi clear sikit.
Banyak lagilah. Nak list satu-satu, boleh buat novel pula nanti.
Oh, Selamat Tahun Baru! Maaf batin dan zahir. Tahun baru azam baru. Tapi biasanya beria-ia je azam. Gempak habis. Macam-macam angan-angan berazam nak berubah. Last-last hampeh. Cakap je berapi, buat berasap.
Oklah, nak jugalah berazam. Harap-harap lepas ni kurang bermain. Study setiap hari. Sikit pun sikitlah. Sem depan nak pointer empat point something lah kalau boleh.
Tengok, kan aku dah kata. Azam baru memang gempak. Tapi tulah, dah besar
Dan lagi ingin aku tekankan, seronok cuti ni. Puas aku bergolek-golek, main game, online dan conserve energy. Dan disebabkan cuaca yang sejuk, aktiviti yang lebih baik dilakukan adalah melepak di rumah. Itu yang terbaek setakat ini. Aku sentiasa memilih yang terbaik.
dinie kau buat aku rinduuu!!! :'(
ReplyDeleteAm malas login
no 1
ReplyDeletePadan muka kau. haha
ReplyDelete