Nov 24, 2010

Sunat? Berkhatan? Sama je lah tuuuu. Kan?

Abah: Sakit awak ni baru sikit Dina. Abang Dinie awak tu lagi sakit. 10 kali ganda daripada awak. Betul abah cakap ni. Abah dulu pun sunat jugak, tapi takde sakit macam abang awak tu.
Itulah kata-kata yang telah dilemparkan kepada adikku. Serius aku tergelak dalam hati dengan abah cakap ini macam. Oh, adik aku yang bongsu baru lepas berkhatan. 


Takdelah seteruk macam aku dulu. Masa pembedahan dijalankan pun, ntah berapa kali aku kena cucuk ubat bius. Tu pun rasa lagi. Memang kebal betul aku ni. Ubat bius tak jalan. haha
Abah: Abang awak senyap je tu. Kalau dia bagitau awak, menangis awak agaknya.
Ok. Sudah. Cukup. Aku bosan sebenarnya. Cuti yang baru sehari dua, dah bosan. Nak cari kerja malas pula. Masalah betul. Rasa macam nak pusing satu Malaysia bersiar-siar. Tapi siapa je nak ikut? Sorang-sorang macam tak seronok lah pula kan.


_________________________________________________________________


Ouh, Subuh sudah hampir. Dan aku baru pulang ke rumah. Makin kuat aku merayap sekarang. Dulu tak macam ni pun. Dulu aku baik je. Duduk rumah tak keluar-keluar macam anak dara dulu-dulu. Anak dara sekarang dah lain dah. Tak macam dulu masa aku kecik-kecik.


Lepas Isyak semalam, keluar dengan polis. Er, mereka anggota SUKSIS; Adib, Lukemey, Ida. Wohhooo bangga kejap. XD
Selepas dah puas melalak dalam bilik diikuti irama dan lagu selama dua jam, aku rasa gegendang telinga aku belah kanan dah pecah separuh. Dan seperti biasa, destinasi yang dituju pada malam hari adalah Teluk Cempedak. Aku pun tak faham kenapa TC juga destinasi terakhir.


Ayam KFC makin kecil. Kecik weyy! Kecik gila. Bapak ah kecik. Tapi takpelah, ada orang belanja. 


Tapi part yang paling seronok bagi aku, masa aku on the way pulang ke rumah tu. Teruja kejap. Kena tahan dengan kereta polis peronda. Dia minta IC dengan lesen. Lepas aku bagi, aku pandang cermin kereta belah kiri. "Oh, takde tampal 'P'. Biar je lah."


Bila fikir-fikir balik, dah lama juga aku memandu tak tampal pelekat 'P' kat kereta. Hebat tak? 

12 comments:

  1. RED BOX ! yeahh !

    ReplyDelete
  2. hahaha. saya nak ikut! saya nak ikut!
    janji jangan jual saya. hahaha. :P
    dinie mmg drive terhebat. ;D

    ReplyDelete
  3. nak ikut pergi mana? pergi Thailand nak? haha

    ReplyDelete
  4. aku sentiasa free dinie
    mai la ambek aku kat sini

    AND BETOL AYAM KFC MAKEN KECIK !
    kat Kuantan and JB je maken kecik
    kat penang still mantap
    mungkin ayam kat penang obes?

    ReplyDelete
  5. Dekatnya Penang kan? Kalau nak ikut kena bermula dari Kuantan. Mai Kuantan dulu.

    Ayam Kuantan dengan JB dah tak kena cucuk supaya cepat membesar. Jadi, kecik2 lagi mereka dah terpaksa berkorban demi kita yang makan kfc ni.

    ReplyDelete
  6. thailand takbest lah Dinie. :P
    apa kata pergi PARIS ke? hahaha.

    ReplyDelete
  7. Apa ada kat sana? Bukan best pun. haha

    ReplyDelete
  8. oohhhhh patutlah. Tapiiii kat Kelantan pun ada. Murah2 lagi. haha

    ReplyDelete
  9. Awak belanja saya on je. Tengah kering ni. hahaha

    ReplyDelete