Sep 15, 2010

5 Syawal

Assalamualaikum.


Petang semalam baru balik ke Kuantan semula. Raya? Perasaan hanya seperti harihari biasa cuma mungkin gembira sedikit bertemu dengan sanak saudara. Di felda pun budakbudak dah kurang beraya. Diorang ni memang dah taknak duit raya kot? Kalau aku kecik lagi, habis satu kampung aku berjalan, sampai tersesat pergi kampung sebelah lagi. Erk...

Oh, selepas berada di Kuantan, pergi beraya di rumah Tarmizi. Jumpa Adi, Zaid, pusingpusing dalam Beserah tu. Ingat nak beraya ke sana ke mari, tapi tak dapat. Ramai lagi yang tak balik rumah. 


Lepas Maghrib, pergi beraya di rumah Megat. Sumpah lama gila tak jumpa. 
Ke rumah Zaki pula, ni lagi lah lama tak jumpa. Dah la aku ingatingat lupa je kat kau. Kau boleh pulak ingat lagi kat aku. Haha teruk betul aku. Terharu kot orang ingat lagi kat aku. 
Serbu ke rumah Syafiq akhirnya. Panjang juga berbual. Ingat balik kenangankenangan lama ceritacerita lama yang bodohbodohseronok dan ceritacerita sekarang yang bijakbijakmasihseronok, sampai tunggu hujan berhenti.


Tibatiba, jalanjalan Kuantan dan lepak di TC makan KFC. Apakah? Seronok sebenarnya buat benda tak dirancang ni. Then kat TC jumpa lagi kawankawan lama yang aku-pun-dah-agak-lupa-nama-diorang-tapi-masih-ingat-diorang-sebab-diorang-dulu-agak-gangster. Perlu ke tanda sempang tu semua? -____-"

Lepas tu balik. Habis cerita.

4 comments: