Jul 27, 2009

Si pemotong rumput.

AMARAN KERAS: Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dibuat, ataupun terdapat banyak lagi perkara yang anda boleh buat, anda disarankan tidak membaca cerita di bawah.


Pada suatu hari, di suatu tempat, di pinggir kota, terdapat seorang manusia di bahu jalan raya. Beliau yang kelihatan seperti sedang meragut rumput sebenarnya sedang memotong rumput yang liar dengan menggunakan mesin pemotong rumput berwarna oren kekuning-kuningan.


Tidak lama kemudian, beliau melabuhkan punggungnya di atas motosikalnya yang mempunyai dua biji tayar itu sambil membasahkan tekaknya dengan minuman isotonik, 100 Plus.

Tiba-tiba, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau terus mencari sesuatu yang perlu ada pada masa itu. Akan tetapi, pencariannya itu tidak berjaya.

Lalu, beliau berdiri di tepi jalan raya selama 14 minit 56 saat untuk menahan bas tambang yang berwarna merah dan putih, Bas Sihat.

Setelah bas tersebut berhenti, si pemotong rumput tersebut mendapati bas tersebut kosong. Beliau terus memberi salam kepada konduktor bas tersebut. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab si konduktor bas. " Naiklah bang. Tunggu apa lagi?" tambahnya lagi.

"Maaf. Saya cuma nak tanya je. Tak nak naik bas pun."

"Tanya mende bang?"

"Sekarang ni pukul berapa eh? Saya lupa lak nak bawa jam."

"Satu setengah!" Jawab konduktor bas tersebut dengan perasaan yang agak marah.

"Terima kasih. Rajin-rajinlah lalu kat sini ye. Senang sikit saya nak tanya nanti."

Setelah itu, bas tersebut berlalu dari situ dengan perasaan marah yang terdapat pada pemandu dan konduktor tersebut.

Si pemotong rumput pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak bersalah untuk menunaikan solat Zohor.

TAMMAT
MySpace

Q: Weyh Dinie! Cite mende ni? Ngaruttt je!
Dinie: Aku tengah bosanlah. Idea-idea mengarut muncul secara tiba-tiba. Haha

Q: Ceyh, blah la lu!
Dinie: Ye la ye la. Eh eh.. terima kasih kerana membaca. Kekekee...

3 comments:

  1. apa yg aku dpt simpulkan,
    si pmotong rmput 2 mmg bgus...

    walopun dia jmpe bas tp dia tahu apa yg ada dlm bas itu.......seorang knduktor yg memkai jam...

    hahaha...
    poyo je ko ni dnie...

    ReplyDelete
  2. cam bez jer citer ko ni .huhuhu.. tp pkir2 blik csm x bez pon ada gak..

    ReplyDelete