Jun 14, 2009

Saya bencikan petak!: Spongebob terkecuali

Pada suatu malam yang gelap dan sunyi, aku sedang layan lagu Butterfingers, album mereka pada tahun 1999. Sambil aku layan lagu, aku buatlah homework fizik. Tiba-tiba, ada seorang mahkluk ketuk pintu bilik aku.

Petak: *ketuk pintu*
D: Sapa plak tu? (dalam hati)
S: *Pergi ke arah pintu lalu membuka pintu*
Petak: Awak bilik mana?
S: Bilik ni lah.

Kemudian, si petak terpegun buat seketika (terpegun sebab bilik aku ni kemas sangat kot) lalu masuk ke bilik aku yang cantik itu.

D: Selipar letak kat luar.

Kata aku kepada si petak kerana beliau masuk ke bilik aku dengan seliparnya yang Jepun itu.
Tetapi, si petak seolah-olah tidak mendengar akan apa yang telah aku katakan.

D: Selipar jangan bawa masuk.

Kataku kepadanya lagi tanpa mengetahui siapa sebenarnya si petak itu. Ye lah kan, aku masa tu tak tengok pun muka orang yang masuk kat bilik aku tu.

Petak: Kuatkan radio tu.
D: Nanti bising lah.
Petak: *Cuba menggertak aku dengan menghayun sebatang kayu yang dipegangnya*
D: Ye lah... (dalam hati)

Lalu, aku pun menguatkan volume radio tersebut. Kemudian, perlahankan semula volume radio itu.

Petak: Buka plug tu.

Selepas aku buka plug radio tersebut, aku bagi ah radio tu kat si petak tu.

Petak: Jangan nak auta saya ya.

After that, si petak mem-blah-kan diri yang memang tak boleh blah dari situ.


Begitulah cerita antara aku, roommate aku ngan felo (warden) aku. Apa hal dia nak rampas radio aku kan? Masa tu, volume aku buka habis slow dah.
And...! Terdapat agak banyak bukti yang mengatakan dia telah guna radio aku tu.

Bengang giler aku weyh! Seminggu aku stay up tanpa catalyst (radio aku tu lah). Siot je kan. Disebabkan rambut dia yang petak tulah aku bencikan petak. Petak... petak...
lol

ps: Mampus aku kalau si petak tu baca blog aku. Yeahh! Habish aku masa tu!!

4 comments:

  1. siapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakah squareeee?!!!

    ReplyDelete
  2. aishah:
    Siapakah square? mana leh gitau? haha
    papepon, square root punya petak!
    lol

    feeqa:
    haha
    tau xpe.
    Kesian kat aku. XD

    azra:
    Aku turut berbahagia. *takpasalpasal* hahaha

    ReplyDelete