Apr 1, 2009

Accident?

[sambungan drp post yang lepas]

Dalam perjalanan pulang tu, aku yang memandu. Bertolak dari kampung dalam pukul 4.30 ptg.

Semua keletihan je aku tengok. Dah dekat area Jemaluang, Johor tu, semua dah tidur. Aku sorang je lah yang celik.
Tak lama pastu, gerimis turun. Kemudian, aku memandu dengan perlahan. Dalam 90km/j.

Then, ada plak kereta Wira warna merah slow gilerr. Follow je lah.
Tak lama kemudian, aku rasa cam nak potong lah plak. Aku drop ke gear 3, pastu potong.

Baru aku teringat jalan kat situ banyak selekoh yang 'baeeekkk' punya. Aku pun memandu dengan perlahan semula. Maximum gear 4 je masa tu.


Sampai kat satu selekoh tu, aku tak sempat nak drop gear. Tiba-tiba, aku rasa stereng kereta macam gerak sendiri.

"Ah sudah. Biar betul?!"


Aku macam rasa stereng tu pusing ke kanan sendiri.
Kereta tu dah hilang kawalan!

"Ni bukan mimpi?"


Pastu aku pandang abah yang duduk kat sebelah aku. Abah tetiba terjaga dari tidur.


Then, aku pun pusingkan stereng tu ke kiri, nak bagi tayar kereta tu tegak semula. Pastu, aku pandang kanan. Kereta tu bergerak secara menyerong.
Dah macam drift plak.

Masa tu, aku pegang stereng kuat-kuat, tekan brek.

Aku dengar umi cakap, "Abang!"


Masa tu, aku tak kelip mata dah. Aku nampak kereta yang aku pandu tu terpusing. Kereta tu betul2 rolling. Betulbetulbetul berpusing.


"Allahuakbar!"


Tak lama pastu, kereta tu berhenti bergerak.


"Ni bukan mimpi..."


Abah terus keluar dari kereta tu, buka pintu belakang penumpang. Aku nampak, badan umi penuh dengan warna merah.

"Biar betul? Takkanlah!"


Aku terus buka seat belt, keluar dari kereta. Sekali, warna merah tu buah naga daa...

"Fuhhh! Nasib baik betul!"

Aku lari pula ke penumpang belakang driver. Buka pintu, suruh adik2 aku keluar.

"Abang Dinie sori sangatsangat. Awak tak apa-apa ke?"

Alhamdulillah, semua tak apa-apa. Lega giler aku masa tu.
Tidak lama kemudian, ada kereta berhenti untuk menghulurkan bantuan.

Abah telefon Cik Nuar yang baru je kahwin.
Kereta hantar ke workshop. Pastu pergi Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. Abah gitau polis tu abah yang memandu.

Terima kasih abah. Kalau tak, kena gantung la lesen aku.


Hari Isnin, kami ke Kuantan menaiki bas. Perjalanan tersebut mengambil masa dalam 4 jam setengah.


Sampai sekarang aku terfikir, "Camne lah tayar depan kereta yang boleh slide masa tu. Bukan yang sepatutnya tayar belakang ke?"

Mungkin masa tu aku paut stereng terlebih sikit.

Takpelah, mende dah terjadi kan...
Nasib baik satu family selamat. Kalau tak, menyesallah aku...


ALHAMDULILLAH.




Tak sangka betul aku. Kereta tu kemek sikit je. Tayar depan belah kiri pecah. Cermin belakang tercabut mungkin disebabkan tekanan yang kuat semasa kereta tu berpusing. Belah kanan kereta calar. Cermin depan pecah (belah kanan je).


Pasni, kalau gerimis, aku akan memandu dengan berhati-hati + perlahan. Masa gerimis jer lah ye.

*Nasib baik tak guna kereta buatan Malaysia. Hehee..
**No plat kenderaan terpaksa dihitamkan. Dikhuatiri no tersebut akan digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Macam no ekor! Haha!

11 comments:

  1. fulamak...ngeri sial pengalaman ko....ngeh3,kalu aku wat jahat aku nak g Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing bleh x? biar aku pecahkan rahsia sebenar...muahahahahahaha!!!!hehe, jgn marah...

    ReplyDelete
  2. fu fu
    saspen!
    sila berhati hati ye.

    ReplyDelete
  3. adam:
    Pengalaman ngeri... bukan semua org boleh dapat kan? Ngeeeee! =D
    Takya lah pecahkan rahsia aku. Pinggan, mangkuk, pasu... byk lagi ka blh pecahkan. Kan? XD


    dnieAlias:
    fu fu
    Saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Trimas! ^^

    ReplyDelete
  4. adeyh,sakit jantung jap bace post ni..hehe..ni membuatkn ak insaf na drive kete slow ckit pasni..mungkin.hehe

    ReplyDelete
  5. Takya insaf lah!
    Cuma perlu berhati-hati je.
    hehehee...

    ReplyDelete
  6. dinieeeeee,,ya allah! saya tak prasan post ni sampai lah terbaca post terbaru awak pasal yang kaca terkeluar tu... :O
    alhamdulillah semua ok :))

    tu laaaa...bawa slow skit,ni kat jalan kampung pun nak drift :P

    ReplyDelete
  7. arnieeeeee...
    Yup2. Syukur sgt semua ok. ^^

    Ehehee...
    lupa nak tarik handbrake mse nk drift tu.
    Itu pasallah terbabas. XD

    ReplyDelete
  8. kau ingat kau bwk lori ke..?!!dah pastu nak berlagak pulak bwk cm bes 'slow' lah , apelah , ish kpale kau..! nenek aku bwk kerete ms ribut tsunami takdek ape pun..tulah takpayah nak blagak bwk kerete dowh,,aku tau lah budak smat commnt kau ckp cvr kn..pdhl kau bpk ape yg kau buat bpk ah bangang..gle..sbg seorang insan , aku hrp kau tak bwk kereta dah..and if u're stil insist to drive well aku hrp kau jgn ah bwk makhluk tuhan yg laen dah..

    ReplyDelete
  9. Haih...
    Aku memandu kereta. Takkan aku igt aku bwk lori kot...
    Dan... takkan pas insiden tu aku tak bwk kereta dah? Aku tak cepat putus asa la weyh! Aku jdkn tu sbg pengajaran.

    Hah!
    Sbg seorang hamba Allah, aku harap kau dah tak kutuk org pas ni. Tak baik. Rasulullah takde ajar camtu.

    ReplyDelete
  10. wow,sorry lambat bace post nih.
    gile la dinie.
    mcm teruk je kete tu jadinye.
    thank god sme ok.

    pak polisi,tangkap dinie.hahaha

    quoted from sabshero
    'if u're still insist'
    what's with the english la man.hahaha.
    funny guy.

    ReplyDelete
  11. Betul betul.
    Gile btl Dinie. haha

    huish2..
    jgn la tngkp.
    Kena saman, naya je.

    ReplyDelete