Jan 12, 2009

Boikot Amerika! Bukan sekadar jangan beli barang, tetapi JANGAN JUAL barang kepadanya!

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ia agak kurang berkesan.

Mengapa?

Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.

Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.

Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.

Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.

Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru boleh diluluskan.

Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.

Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.

Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).

"Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.

Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Oleh Kerana Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah
jangan Beli USD
# tidak menjual barangan dalam USD
# Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
# Jangan Jual Barang Kepada Amerika.

[Post asal daripada Hasbullah Pit]

"Maybe we can't stop 100% using their products, but we should try, slowly. Right?"

No comments:

Post a Comment