Jun 4, 2008

+Kisah Diganggu Roh+

Kisah ini diceritakan oleh seorang kawan kepada kawan kepada kawan rakan kawanku. Dia pernah diganggu roh abangnya selepas 3 hari kematian abangnya itu. Aku dapat rasakan yang dia roh abangnya tidak aman. Maka, dia pun bercerita...


Seperti biasa, kadangkala orang Cina suka masuk kubur dengan harta-harta diorang. So, abang dia ni, dengan 'handset', laptop, PSP, PS2 dan macam-macam lagilah, sume sekali ikut masuk, dgn harapan abang dia dapat la mati aman sikit. Selepas sehari, kemurungan dalam keluarga tu masih ada. Jadi, dengan cara bersembahyang je diorang dapat lupakan kisah tu. Sampai la hari ke-2, mereka seolah-olah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap, dia rasa macam ada sesuatu yang memerhatikan dia. Tapi, dia buat 'bodoh' je. Sampai la mlm ke-2, dia dengar ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dengan bantal dan menganggap sume tu mimpi je.


Sampai hari ke-3, satu keluarga memang rasa seolah-olah diperhatikan dimana-mana sahaja di dalam rumah mereka. pada hari ketiga itu juga, mereka terdengar almari diselongkar dan suara memanggil-manggil dari tingkat atas. Tapi, semua buat tak tau, sambil berdoa agar 'benda' tu berlalu pergi. Tiba-tiba, telefon bimbit kawan aku ni berbunyi. Dia terus menjawab panggilan tersebut.


"Alo, adik yer?" Dia terkejut. Lalu dia melihat nombor tersebut. Memang sah nombor abang dia. Dia pun jawab balik, "Abang ke?" Serta merta air mata mengalir laju sebab dia amat rindu kepada abg dia.


"Adik, abang tak boleh lama ni. Abang cube panggil adik tiap-tiap malam tapi, adik tak dengar."


Kawan aku menangis je mendengar keluhan abang dia.


"Adik, abang nak adik tanya dekat mak," kata abangnya.
"Apa dia bang?" tanya kawanku.



"Tanya mak, kat mana dia simpan charger handset abang? Letih cari,
tapi tapi jumpa lak...."

2 comments:

  1. haha ..
    sempat agy!!
    nk tnye charger kt ner ..
    ado00ii ..
    lwk rr!!

    ReplyDelete
  2. hahAaa.. nk wat camner...
    da xde charger... kene la tny...

    ReplyDelete